Pages

Jom Sertai Blog ini

Monday, January 9, 2012

Kenapa aku bercadar (^_^)?

Sekadar gambar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim..
Moga terjaga niat, terkawal lisan dan terfokus point apa yang aku nak sampaikan..(^_^)

Suka aku memetik firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang."

*jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, wajah dan dada.

Selalu aku dihujani persoalan "Kenapa akak pakai purdah?" "kakak, kamu bercadar?(versi indon)" "nape ek akak pakai niqab?" "dik,sebab apa tutup muka?"...hehehehe..macam-macam versi soalan tapi maksudnya tetap satu, nak tau apa sebabnya aku memakai purdah. Tiap orang yang bertanya aku jawab lain-lain versi gak..(^_^)

Teringat aku telatah adik bongsuku yang ketika itu berumur 3 Tahun, namanya Nur Farah Syuhada. Dia tanya, "kenapa kakak tutup mulut?" Otakku ligat memikirkan, apa jawapan yang harus kuberikan pada si kecil Uda ini. Sewaktu 6bulan pertama aku memakai niqab, negara kita (Malaysia) diserang musibah H1N1. Alhamdulillah, ada hikmahnya aku memakai niqab. Tak perlu nak memakai mask yang disediakan oleh pihak hospital tu. Apa lagi, aku pun jawablah kat Uda, "Kakak pakai sebab tak mau kena H1N1".. Pelik dia mendengar H1N1..bila dia ulang sebut semula, "kakak takut N1N1?" hahahahaha... em, aku angguk ja lah..N1N1 pun N1N1 lah..

Adikku : Nur Farah Syuhada Binti Abdurahman (Anak ke-12)

Bagaimana pula jawapannya kalau orang dewasa bertanya pada aku? Mudah sahaja jawapannya, kerana aku ingin mengikut SUNNAH..

Al-Imam Abu Dawud meriwayatkan dari sahabat yang mulia Al-‘Irbadh bin Sariyahz, bahawa ia berkata: Rasulullah S.A.W menasihatkan kepada kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati-hati kami dan air mata pun berlinang kerananya. Maka ketika itu kami mengatakan: “Duhai Rasulullah, nasihat ini seperti nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, kerana itu berilah wasiat kepada kami.” Baginda pun bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian itu seorang budak. Dan barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalku, niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Kerana itu wajib atas kalian untuk berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Al-Khulafa` Ar-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang erat-erat sunnah itu dengan gigi geraham kalian. Dan hati-hati kalian dari perkara-perkara baru, kerana setiap perkara baru (bid’ah) itu sesat.”
(HR. Abu Dawud no. 3991, At-Tirmidzi no. 2676 dan Ibnu Majah no. 42)

Pelbagai dugaan yang kutempuhi dalam mengamalkan sunnah yang 1 ini. Adakalanya aku takut menyimpang dari niat asalku, moga Dia senantiasa melindungi hatiku dari sesuatu tujuan yang tidak baik. Ku akui, dan semua para niqabis juga mungkin turut mengakui bahawa identiti yang kami bawa ini sebenarnya lebih menarik perhatian ramai dan tak mustahil jika sepanjang perjalanan ke mana-mana hampir ke semua memandang tanpa lepas. ya Allah...

'Kalau dah tahu banyak orang pandang, so kenapa pakai?' Hem..Manusia, buat dosa pandang, buat pahala lagilah dipandang. Tepuk dada tanya iman. Di mana salahnya orang yang memakai niqab? Aku lebih malu berjalan di muka bumi ini andai dosa yang kubawa. Aku lagi malu kalau auratku tak sempurna ditutup. Aku lagi malu melanggar larangan Nya.

Ada 1 pengalaman ngeri yang pernah kualami, berhadapan dengan seorang 'makcik' yang berjawatan tinggi jugaklah dalam sesebuah organisasi. Tapi malangnya, gelaran/pangkat yang menggambarkan kebijaksanaannya itu telah membuatkan aku kecewa denga statementnya "Orang pakai purdah ni tak perlulah keluar rumah, kena duduk dalam kelompoknya juga. Tak perlu bergiat aktif.." Betapa jahilnya..ya Allah..mungkian dia tak tahu tapi tindakannya yang terus menutup pintu mindanya membuatkan aku mengatakannya lebih 2x jahil lagi. Kesian.. Tahu diri tak tahu, tapi tak cuba mencari kefahaman tentang ilmu yang tak diketahui malah terus meletakkan titik nokhtah diakhir pemikirannya.

Apapun, teruskanlah niat bagi sesiapa yang ingin berpurdah/berniqab/bercadar..Minta kekuatan dari Allah. Andai dah bersuami, mintalah izin suami terlebih dahulu. Tapi kalau belum bersuami, mintalah izin dari orang tua. Jagalah amal, jagalah diri. Jangan sampai para niqabis ini menjadi fitnah pada diri sendiri dan orang lain. Sekecil-kecil perkara pun orang akan tengok tau apa yang kita buat. Tutuplah aurat dengan sempurna terlebih dahulu. Jaga Amalan wajib. Utamakan yang lebih utama..(^_^)

wallahualam..

9 comments:

  1. Assalamualaikum....best tgk entri akak.....suke sgt...nak tye...first time akak berpurdah..apa yg akak fikir???

    ReplyDelete
  2. syukran hasmah al-humaira' kerana sudi membaca entri yg xseberapa itu.. time first akak pakai purdah, akak fikirkan adakah Allah terima ibadah ini? takut x terjaga niat..risau niat beralih arah..

    ReplyDelete
  3. p entri akak best...sya suka baca...apa yg mendorong akak pakai purdah ye..nak tau gak..ehe..:)

    ReplyDelete
  4. sewaktu akak hbs poli akak sempat mengajar sebagai guru pasti selama 6bulan.. guru-guru Pasti Tawau kebanyakannya pakai purdah.. lebih2 lagi kat tawau mmg banyak muslimah berpurdah (antaranya terdiri daripada isteri2 tabligh). Sememangnya melihat muslimah berpurdah membuatkan hati akak tertarik...(^_^) perkara utama yg mendorong akak ialah suasana persekitaran. nak menjaga diri..rasa lbh selamat bila pakai purdah..x diganggu kerana dikenali. itu janji Allah..:)

    ReplyDelete
  5. Jazakillah atas perkongsian ini. Mudah2an menjadi penguat semangat bagi muslimah yang masih menimbang2 untuk berniqab. Sepanjang pengalaman akak memakai niqab, akak dapat rasakan bahawa tentangan paling kuat adalah dtgnya dari diri kita sendiri. Kita asyik fikir, apa org akan kata, apakah penerimaan org, bagaimanakah nanti kita akan bergaul dsbnya... Bila dah pakai,... MasyaAllah, Allah bantu banyak.. Hikmahnya tak terkira. Jiwa rasa sgt tenang. Rasa dekat denganNya sentiasa... Betul tak Khaulah?

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum ukhti :)
    boleh tak cerite anti ni ana masukkan kat buku ana nanti insyaAllah,,
    insyaAllah ana da rencana nak buat kumpulan kisah wanita bercadar di dunia ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilayya, insyaAllah kamu boleh masukkannya dalam buku kamu..mgkn ana xdapat tlg byk utk agama Allah tp harap yg sedikit inilah membuka jln utk ana ke syurga..

      Delete