Pages

Jom Sertai Blog ini

Tuesday, August 10, 2010

Platelet oh Platelet! Naiklah engkau...


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

TROMBOSITOPENIK purpura idiopatik (ITP). Berbelit lidah menyebut nama penyakit yang tidak pernah didengar ini. Ya, ITP adalah sejenis penyakit darah yang jarang ditemui tetapi ia sangat serius kerana boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan yang membawa kepada kematian.

Pesakit ITP akan mengalami bengkak dan pendarahan berlebihan. Dalam beberapa kes, pesakit mengalami pendarahan serius seperti di otak yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.


Seseorang dikatakan menghidap ITP apabila jumlah platelet dalam darahnya terlalu rendah iaitu kurang daripada 150,000 bagi setiap mikro liter. Jumlah normal platelet ialah antara 150,000 hingga 400,000 semikro liter. Seseorang pesakit dikategorikan dalam kumpulan serius jika jumlah plateletnya kurang 10,000 semikro liter. Jumlah platelet kebanyakan pesakit ITP ialah 30,000 semikro liter dan jumlah ini cukup untuk menghalang pendarahan.


“Bagaimanapun reaksi badan pesakit terhadap keadaan kekurangan platelet ini berbeza, kata perunding hematologi, Dr Ng Soo Chin.


“Tiada siapa tahu penyebab sebenar ITP tetapi ia dipercayai berpunca daripada kecelaruan sistem imun badan. Dalam kes ITP, sistem imun menyerang dan memusnahkan platelet serta sel yang menghasilkan platelet (megakariosit) yang dianggap sebagai benda asing.


“Sistem imun pesakit akan sentiasa memerangi dan memusnahkan platelet dan megakariosit sehingga jumlah platelet dalam badan pesakit menjadi terlalu kecil.


“Keadaan ini menyebabkan pesakit berisiko mengalami lebam, pendarahan mukosa (lapisan sel yang melapik rongga dalam badan) dan dalam sesetengah kes teruk, berlaku pendarahan pada dalam tengkorak secara tiba-tiba,” katanya.


Siapa yang terdedah kepada penyakit ini? Sesiapa saja. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur; biasanya kanak-kanak perempuan dan wanita muda lebih ramai mengalami penyakit ini (dua kali ganda) berbanding lelaki. ITP pernah dianggap penyakit orang muda tetapi kini pakar perubatan mendapati ia lebih kerap menyerang orang berusia sekurang-kurangnya 60 tahun. Menurut Dr Ng, kanak-kanak mudah mengalami IPT terutama selepas jangkitan virus seperti virus selesema atau beguk. Begitupun keadaan mereka dikelaskan sebagai IPT akut; yang hanya berlaku pada ketika itu dan tidak berlanjutan sehingga dewasa. Pada kebanyakan kanak-kanak, ITP akan hilang sendiri dalam masa dua hingga lapan minggu.


Benar, ITP adalah penyakit yang jarang ditemui dengan kelaziman 9.5 kes bagi setiap 100,000 orang. Di Malaysia, jumlah sebenar pesakit tidak diketahui tetapi dianggarkan seramai 2,500 orang dengan 500 kes baru setahun.


Jumlah kematian dalam tempoh lima tahun ialah dua peratus bagi pesakit kanak- kanak dan 48 peratus bagi pesakit dewasa. Risiko kematian akibat ITP pula dianggarkan 1.2 peratus bagi pesakit berumur 40 hingga 60 tahun dan 13 peratus bagi pesakit melebihi 60 tahun.

Tanda dan gejala ITP
Antara tanda dan gejala ITP ialah:

•Lebam (akibat berlaku pendarahan pada salur darah halus di bawah kulit pecah)

•Bintik merah atau ungu pada kulit (petekia)

•Bagi pesakit wanita, haidnya lebih banyak
Selain itu, pesakit ITP juga akan mengalami beberapa komplikasi seperti lebam, hidung berdarah, gusi berdarah terutama ketika rawatan gigi atau pendarahan lain yang sukar dihentikan. Pendarahan otak jarang berlaku tetapi boleh membawa maut.

“Bukan semua pesakit ada tanda atau gejala ITP dan keadaan kekurangan platelet biasanya dikesan apabila mereka menjalani ujian darah bagi tujuan lain. Doktor biasanya mengesyaki pesakit menghidap ITP jika tiada masalah kesihatan lain dikesan. Pengesanan penyakit dilakukan berdasarkan sejarah perubatan pesakit, pemeriksaan fizikal, ujian darah dan bagi sesetengah kes mungkin memerlukan ujian sumsum tulang,” katanya pada pelancaran ubat baru merawat ITP, Revolade untuk meningkatkan pengeluaran platelet. Oleh kerana ITP tidak mempunyai tanda dan gejala yang nyata, maka ia sukar dikesan jika tidak melakukan ujian darah. Antara pendekatan yang disarankan bagi pesakit yang disyaki menghidap ITP ialah:

•Pemeriksaan kesihatan menyeluruh

•Sejarah perubatan pesakit dan ahli keluarga

•Pemeriksaan fizikal

•Pemeriksaan paras immunoglobulin

•Pemeriksaan sumsum tulang

•Ujian kumpulan darah (Rh)

•Ujian langsung antiglobulin

•Ujian untuk jangkitan bakteria Helicobacter pylori, virus HIV
Sehingga kini tiada kaedah dikenalpasti yang boleh menyembuhkan ITP tetapi ia boleh dirawat dan jumlah platelet boleh ditingkatkan dengan pengambilan ubat. Antara kaedah rawatan yang digunakan sekarang ialah:
•Ubat - Ubat seperti steroid dan immunoglobulin adalah ubat pertama yang akan diberikan kepada pesakit. Ia boleh membantu menambah jumlah platelet dalam darah dengan mengubah aktiviti sistem imun. Bagaimanapun ubat ini mempunyai banyak kesan sampingan dan masalah boleh berulang. Pengambilan ubat steroid yang berpanjangan boleh menimbulkan banyak kesan sampingan seperti pertambahan berat badan, ciri Sindrom Cushing (leher berlapis), kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis, emosi tidak stabil dan cepat berubah, katarak, glaukoma, risiko jangkitan meningkat dan haid yang tidak menentu.



•Pembedahan pembuangan limpa (splenektomi) - Kebanyakan pembedahan dilakukan pada pesakit dewasa jika pengambilan ubat steroid tidak menampakkan sebarang kesan. Pembuangan limpa akan menghentikan kemusnahan platelet di dalam limpa tetapi pada masa sama, pesakit terdedah kepada risiko jangkitan sepanjang hayat mereka. Bagaimanapun risiko jangkitan ini boleh dikurangkan dengan mendapatkan vaksinasi sebelum pembedahan.


•Pilihan lain - Dalam sesetengah kes pesakit ITP yang teruk dan boleh mengalami pendarahan yang mengancam nyawa mungkin memerlukan transfusi platelet dan perlu tinggal di hospital sepanjang rawatan. Walaupun jangka hayat platelet sangat pendek (akibat kesan antibodi antiplatelet), ia tetap diberikan kepada pesakit sebelum pembedahan.

Bagi individu yang mengalami masalah kekurangan platelet akibat jangkitan, rawatan untuk melawan jangkitan berkenaan boleh membantu menambah jumlah platelet dan mengurangkan gejala pendarahan.


“Selain ITP, isu kekurangan platelet adalah masalah besar dalam pelbagai kes yang dirujukkan ke hospital. Sekurang-kurangnya satu per tiga kes yang dirujukkan kepada pakar darah (hematologi) di hospital besar adalah berkaitan dengan kekurangan platelet.


“Kira-kira lima hingga 10 peratus pesakit yang dimasukkan ke ICU berikutan masalah ini dan jumlahnya kini meningkat kepada 35 peratus. Apa yang membimbangkan ialah kadar kematian pesakit yang kekurangan platelet lebih tinggi (dua kali ganda) berbanding pesakit lain,” katanya.


Namun kini, dengan adanya ubat baru dalam bentuk pil dan hanya perlu diambil sehari sekali, pesakit boleh menjalani kehidupan yang lebih baik. Kajian klinikal mendapati ubat baru ini mampu meningkatkan jumlah platelet sebanyak lapan kali ganda (50,000 hingga 400,000 platelet semikro liter). Ia memberikan harapan baru kepada pesakit yang sudah mencuba banyak jenis ubat tetapi semuanya tidak menunjukkan kesan memberangsangkan.


Menurut Pengurus Hal- Ehwal Perubatan Serantau (Onkologi) GlaxoSmithKline Asia Tenggara, Dr Abishek Bhagat, kesan ubat baru ini boleh dilihat dalam masa dua minggu (jumlah platelet mencecah paras normal) dan pesakit kurang mengalami episod pendarahan. Ia secara tidak langsung akan mengurangkan penggantungan esakit kepada ubat ITP lain. “Pesakit yang memerlukan ubat steroid dalam dos tinggi, atau tidak menunjukkan reaksi yang baik terhadap ubat sedia ada, perlu mendapatkan rawatan selanjutnya. Dalam kes ini, mereka boleh berbincang dengan doktor untuk menggunakan ubat baru ini,” katanya.

49 comments:

  1. Salam..kak, ju pun sakit ITP..sejak darjah 4..sampai sekrang..tapi sekarang da makin pulih..mse darjah 5 ju kena amik air sum2 tulang..
    Sakit adalah ujian dari Allah, tanda Allah sayang kita utk menghapuskan dosa2 kecil kn kak?
    Semoga akak cepat sembuh.. :)

    ReplyDelete
  2. Anak saya yg brusia 4 tahun mghidap itp kronik..platelet hnya 4-2k sj..mmg mmbimbangkan. Usia 3 tahun dia di ambil sample sum2 tulang. Sekarang pun keadaan masih begitu. Setiap kali dtg check mmg pihak hospital cuma bg suggestion jgn thantuk. sbb sgala ubat dh cuba tp tak bkesan. Sy pun cr mcm2 ubat untk mnyembuhkan dia. Hrp2 1 ms nnt dia sembuh. Doa2 la

    ReplyDelete
  3. apa nama ubat ni yer...saya tak mahu ambik steroid....dah laa 8 biji sehari....tolong...bagi info ubat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...try sup ketam & epal hijau. amalkan syuran & buahan. kalau boleh, blend tembikai & kulitnya sekali buat minum.

      Delete
  4. Slm..anak sy pun disahkan menghidap Kronik ITP, dia dilahirkan sihat tetapi disahkan oleh doktor sejak berumur
    2 tahun, bermula dengan bintik-bintik seluruh badan.Masa tu platelet anak saya cuma 7 shj.
    Kemudian doktor masuk kn IVIG...selalu juga..tapi semua x ok...masuk pg..ptg dh turun cam biasa..x dapat bertahan.Doktor ada ambil sampel tulang punggung untuk kesan punca katanya, tetapi masih x dpt dikesan knp dn mengapa?punca apa jd mcm tu...mkn ubat sgala..pun x jln jugak..
    sekarang ni dia pun dh umur 10 thun..paling baru platelet dia skrg cuma 12...
    dengan keadaan dia sekarang, saya cuma memantau pergerakan dia...dah xtau nk buat camna lg...dia pun fhm keadaan dia...hati ibu mana x sedih bila dia tanya saya..knp dia sakit mcm ni???sya cuma mampu mnjawab.."Allah bg sakit ni, abg kena terima..tu tandanya Allah sygkan abg..."Dlm ht sya tuhan sj yg tau..selalu sya berdoa semoga dia sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan. Saya pun sama. Tp 13hb nak buat BMa sumsum tlg. Dah buntu. Puan buat mcmna? Dan skrg anak puan dah ok ke? Ada tips

      Delete
  5. Assalamualaikum,Norlaila...akak berterima kasih dengan info ini.Belek sana,belek sini,artikel yang Laila tulis rasanya paling senang untuk akak faham.Alhamdulillah.Terima kasih atas perkongsian maklumat/ilmu.Moga ramai lagi yang akan mendapat manfaat.Akak berhasrat untuk 'simpan' info ni dalam blog akak.Moga Laila tak keberatan.Izinkan akak,ya Laila...terima kasih.
    Akak pesakit ITP.Tahun lepas disahkan oleh Doktor Pakar Darah HSA Johor Bahru.Masuk wad sebagai kes kecemasan dengan bilangan platelet 0.Alhamdulillah keadaan akak masa ni okay.Bilangan plaetlet dah meningkat dan stabil.Akak hadir temujanji dengan doktor pada setiap tarikh yang diberikan.Cuma..akak hanya ambil suplimen.Ubat2an yang diberikan,akak tak makan.Alhamdulillah.Allah jua Yang Maha Berkuasa memberikan jalan keluar untuk apa jua musibah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supplement apa yg akak ambil kak?xpeke x mkn ubt yg doktr bg tu?sy br didiagnose ada itp...risau la kak...

      Delete
    2. Puan bole bgtau Sya apa nma2 vitamin tersebut.smoga dpt membantu Sya terima kasih

      Delete
  6. Salam kak amek suplement ape kak

    ReplyDelete
  7. iesadin Din jugak sesiapa saja yang masuk ke sini,yang ada masalah ITP,akak amek suplemen Shaklee.Hanya suplemen Shaklee.Usaha,sabar dan tawakal.Amek secara konsisten,in shaa Allah..kesihatan akan lebih baik.Untuk sembuh..itu urusan YG Maha Berkuasa.Apa yang penting,gejala ITP tidak berpanjang-panjangan,hari2 ke hospital untuk cek up dapat dikurangkan,Masuk wad pun..tak perlu lagi..In shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supplemen apa yang akak amik dari shaklee ye? Boleh share kat sini?

      Delete
    2. Salam sis..blh tau supplement shaklee jnis apa ya?vivix ke?

      Delete
  8. Sapa2 dah lama and ada pengalaman ngn sakit ni blh wassap aini x di 0199905130,aini br tahu...and sngt2 risau...pleaseeeee...

    ReplyDelete
  9. saya menghidap ITP dah 3tahun tapi tak ambil ubat yang doktor beri iaitu sejenis steroid...tapi sekarang dah mengandung so terpaksa ambil juga ubat doktor...so sapa-sapa yang ada pengalaman ITP dan mengandung boleh share tak pengalaman....

    ReplyDelete
  10. Anak bru dpt kes ni sapa2 blh tlong
    X snggup tgk kna ambik darah

    ReplyDelete
  11. Ank sye pun hidap ITP nie... Bole bg tau ubt apa... Wasap pun bole 0137208772

    ReplyDelete
  12. Bagi yang ambil suplemen sbg ikhtiar, saya cadangkan jangan sesekali lupa temujanji doktor dan makan ubat ya. Semoga semua diberi kesembuhan..mudahan :)

    ReplyDelete
  13. Penyakit ITP ni autoimmune kan. Boleh baik ke ya?Bacaan platelet tu boleh naik kan...

    ReplyDelete
  14. Anak saya 4 tahun,kena demam panas.hari2 ambik darah bacaan platlet makin turun.risau sgt...ada sapa2 blh tlg x???

    ReplyDelete
  15. Sama mcm anak perempuan sy umur 7 tahun.. da masuk 10 hari demam panas kejap sejuk kejap panas hingga cecah 40c, hasil fbc test,negative denggi. Cuma platelet rendah 141, 138.. esok hari ke3 ambil darah lg. Hari kedua Dr masukkan air melalui drip sbb anak kurang nk minum.. semoga Allah cepat pulihkan anak saya. Kesian bibir da pecah2..

    ReplyDelete
  16. Anak saya br usia 3thn 9bln disahkan itp...
    2kali buat rawatan ivig...xberkesan pd dia
    ..skrg doc suruh ank mkn ubat predisolone utk naikkn platelet dia...18.2 ni br jupe paed utk tgk sama ada platelet naik atau x...stakat ni sy cuma kasi dia mnum air zam2...kurma..kismis..buah2an...

    ReplyDelete
  17. blh share x suplimen apa blh ok kn pletlet...tlg balas anak saya sakit itp...0169506089

    ReplyDelete
  18. Saya juga diagnosis itp.dr 2017 since saya dmm.lpas tu smpai skrg 8.3.2019 platlet still rndah.dr 2017, 34 smpai ri tu naik 85.lpas tu ri ni.drop 65.saya mudah dmm.down juga.saya cuba mkn kiwi dan sbagainy utk naikkan platlet saya.bln 7 nanti ambik drah lagi fbc.harap saya cpt sembuh spnuhnya.amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tau adakah pengidap itp akan bermasalah utk mendapat zuriat?

      Delete
    2. Tidak, dgn pemantauan doktor

      Delete
    3. Boleh sy tahu..biasanya doc akan consider pnyakit ITP tu platelet dlm range brpe ye ? Sebab sy baru test darah, platelet sy 79..

      Delete
  19. supliment apa yg ok..pm sy 0169506089

    ReplyDelete
  20. Pglmn sy tau ada itp semasa mengandung..bacaan darah yg prtama 2..doktor x percaya..diulang sekali lg ambil darah, terus 0 �� doktor terus buat surat rujukan ke hospital utk dimasukkan ke wad pada hari yg sama..doktor buat pemantauan, bg ubat utk bantu naikkan bacaan platlet..seingat sy 13 biji prednisolone perlu ditelan sehari dan beberapa jenis ubat lain utk kandungan..kesannya, mmg berat naik dan muka sgt tembam �� dos ubat dikurangkan apabila bacaan platlet naik..selepas bersalin perlu ambil suntikan heparin sepanjang berpantang..utk org normal biasanya 10 cucuk sahaja..jd, blh bygkn lebam2 hasil cucukan sepanjang berpantang 44 hari tu..huhu..dan skrg masih lg perlu berjumpa doktor utk lihat perkembangan platlet dan tak perlu makan prednisolone..doktor berikan beberapa jenis ubat utk dimakan..nasihat sy, jgn mkn sembarangan suplimen dan jumpa doktor mengikut waktu temujanji yang ditetapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pesakit itp sis..ni baru balik chek darah platled saya 14..nnti minggu depan kene ambik darah lagi..ade sis makan ape ape tak mase pgrnent..kalu boleh sis watsap sy 0199274162

      Delete
  21. pm supliment apa ok utk pesakit itp... sy risau anak saya sakit tu

    ReplyDelete
  22. Salam...sy pon mybe tgolong ade itp..dpt detact sbb tgah mgndung 12w..3x cek bacaan dri 78 drop ke 58..doc suruh refer hospital besar jumpe dgn doc pakar..mngu dpn nk kne cek dgn doc pakar..hrp2 platelet sy normal la..nie kndgungan ke2..yg pertama xde mslh..kdg2 stress bile pkir..hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya pesakit itp..boleh x kongsi ape ape masalh watsap saya 0199274162

      Delete
    2. Sma lar sis.. Anak 1st dlu sya xda mslah platelet... Now mngandung anak kdua tetiba plak msalah platelet... Risau gak sbb dr mnggu lepas dan mnggu ni bacaan x naik... 106...range 150 up kan normal... Risau law masa brsalin nnt...

      Delete
  23. Slm sejahtera,, adik saya pun kena penyakit itp,, ade ape2 cadangan lain tak yang boleh merawat penyakit tersebut selain mematuhi appointment doktor dan ubat yang diberi?? Disebabkan tubuh badan adik saya semakin lemah dengan makan ubat2 y diberi oleh doktor selama 8 tahun,kos pengangkutan dn perbelanjaan nak ke hospital,dan kesulitan kenderaan,, saya nak tanya ada tak ubat2an kampung yang boleh merawat penyakit tersebut??

    ReplyDelete
  24. Assalam Semua, Hari ini,hari ke3 Anak sy yg berusia 8bln di masukkan Ke Hospital Salam, Senawang.Ketika 1st Day masuk bacaan Platelet 14,2nd Day 10, Dan Selepas Di masukkan Ubat, pd hari ke3 bacaan Platelet naik ke 40.Namun demam masih lagi ON/Off.
    Dr Zaqrul Pakar Kanak2 mengesahkan anak sy mengidap penyakit ITP, Sy dan Isteri berasa amat sedih dan risau memikirkan keadaan anak sy...😭😭😭

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum semua. Anak saya kena ITP. Platlet darah 7 shj. Setiap hari saya bagi minum air barli dan Daun Gandum brand Zhulian. Alhamdulillah Platlet darah naik 445 dlm masa 2 minggu shj.

    ReplyDelete
  26. Air barli & daun gandum puan? Saya nk cuba la. Tp daun gandum brand zhulian tu mcm mana ye?

    ReplyDelete
  27. mcm mana rupa daun gamdum brand zhulian

    ReplyDelete
  28. Salam..ank sy bru berusia 1 bulan 25 hari...smlm g ospital bacaan platelet 8...nak tnya adakah itu tanda2 penyakit itp...bahaya ke kesan penyakit itp kat bayi?

    ReplyDelete
  29. Mcm mana ye nak naikkan platelet rendah ni..dah setahun lebih dah krna ni..sape2 ada info wassap sy plis..0177988468

    ReplyDelete
  30. Anak sy dri 5bulan ada ITP dgn bacaan mula2 4 shja. Di masukkn ke wad dan doc kasi IVIG kmudian bacaan naik 78..pas 3hri trun ke 49. Doc cuma sruh pntau shja..skrg stop dlu imunisasi utk setahun. 1st appoimnt clinic onko bacaan 70 dan 2nd appoinmnt bulan lepas alhamdulilah bacaan naik 178. Baby aktif mcm biasa..sy terbaca makanan yg bgus utk pnyakit ITP bykkn makan keledek,daun keledek dan ubi bit. Sya cuba selalu kasi anak makan nasi cmpur syur keledek alhamdulilah berhasil dgn bacaan terkini 178.Sapa2 yg ada ITP cuba lah..mana tau serasi.

    ReplyDelete
  31. Boleh tak kita yg ada penyakit & pengalaman ITP utk buat grp wasap.. Kita boleh share info... Klu siapa berminat wasap sy 0134317305

    ReplyDelete