Teringat ana pada kata-kata seorang sahabat serumah, "akak, cukup-cukup la. putih sangat dah tu..." ana tersenyum...subhanallah..bukan kerana bangga kerana ana putih dan ana yakin bukan kerana putihnya ana dia berkata begitu.Putih kerana pucat. putih kerana kawasan2 yg putih itu tak berdarah..
Kerana anemia ana semakin bersyukur dan menghargai nikmat memiliki darah. Hinggakan andai jari terluka sedikit pun ana rasa sayang pada darah yg menitis..'Betapa berharganya darah buatku...' meniti hari-hari sebagai seorang pengidap anemia amatlah mencabar. Tapi ujian yg ana perolehi tidaklah seberat ujian pejuang-pejuang islam yg mengalir darahnya kerana islam.. kerana syahid sbg syuhada yg tinggi darjatnya di sisi Tuhan..
Menyelusuri kembali kisah tentang AneMiA.............
Anemia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil haemoglobin. Anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.
Di saat Allah menguji, ana hanya memiliki 3.4 paras hemoglobin..subhanallah..bila dan di mana sahaja dgn tahap haemoglobin serendah itu, ana boleh collapse dgn tiba-tiba.. tp syukur pd Tuhan Yg satu..dipelihara diri ini krn saat kritikal berlaku di dalam rumah. Yg mana ada sahabat2 melihat,membantu..
Penyebab anemia
- Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
- Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
- Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum.
Ini mungkin disebabkan oleh :
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
- Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
- Kekurangan hormone : Paras hormon tiroid rendah.
- Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
- Ganguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.
Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :
- Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
- Talasemia.
Simptom dan gejala
Ramai dewasa menghidapi anemia tanpa disedari.
Simptom termasuk :
- Keletihan setiap masa.
- Pening.
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
- Kulit pucat.
- Kadar denyutan jantung yang cepat.
- Kurang daya ingatan.
- Kehilangan berat badan.
Komplikasi
Anemia yang teruk boleh menyebabkan :
- Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
- Mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan.
Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.
Rawatan bergantung kepada jenis anemia yang dihadapi :
- Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
- Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil supplemen zat besi. Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.
Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
- Adalah disyorkan agar pil supplemen zat besi dimakan bersama dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
- Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan usus perlu dirawat.
Jadual 1 : Kandungan zat besi dalam makanan
Makanan | Saiz Hidangan | Zat besi (mg) |
Hati, Ayam | 105g | 12.8 |
Peha ayam | 125g | 1.0 |
Daging lembu tanpa lemak | 268g | 5.9 |
Hati, Lembu | 124g | 11.1 |
Tuna | 90g | 1.1 |
Kerang | 86g (10 biji kerang) | 2.0 |
Paru | 92g | 7.7 |
Bijiran yang diperkaya dengan 100% zat besi (coco crunches, cornflakes) | ¾ cawan | 18 |
Oatmeal | 1 cawan | 10 |
Tauhu | 1/2 cawan | 3.4 |
Kacang tanah | 1 cawan | 6.6 |
Bayam | ½ cawan | 3.2 |
Kismis | ½ cawan | 1.5 |
Roti | 1 keping | 0.9 |
Nasi | 1 cawan | 0.3 |
Rujukan: Malaysian Dietary Guidelines 2005
No comments:
Post a Comment