Kesempurnaan hidup individu banyak bergantung pada kebajikan yang dilakukan selama ini. Daripada kebajikan yang dilakukan itu menerbitkan kebahagiaan hidup. Kebahagiaan hidup pula ibarat cahaya yang menerangi hati. Apabila hati seseorang itu sentiasa di dalam kegelapan, sudah tentu jalan menuju kebahagiaan tidak dapat dicapai.
Semua orang mengetahui kebahagiaan itu adalah kunci bagi mereka yang hidup di dunia ini. Tetapi kebahagiaan tidak memberi makna sekiranya hati mereka sentiasa dalam kegelapan. Ini kerana, hati mereka sebenarnya sudah mati walaupun pada hakikatnya mereka masih bernyawa seperti orang lain.
Allah menjelaskan,
"Dan apakah orang yang sudah mati(hatinya) kemudian kami hidupkan dan Kami berikankepadanya cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, sama seperti dengan orang yang berada dalam keadaan gelap gelita di mana mereka tidak dapat keluar daripada kegelapan itu."
(Surah al-An'am:122)
Ayat ini menjelaskan kepada kita, di dalam kehidupan, cahaya atau nur amat penting sebagai penerang jalan. Tanpanya, mereka hidup ibarat berjalan yang tiada arah panduan. Mereka berjalan teraba-raba seperti orang buta yang hilang tongkat.
Sebuah kehidupan yang di dalamnya ada cahaya penerang jalan secara tidak langsung menjadi tonggak kekuatan. Di situlah terhimpunnya segala rasa berani, sabar, hormat, rasa malu, cinta kepada perkara kebaikan dan benci kepada perkara yang membawanya ke lembah maksiat.
Semakin terang kehidupan dengan sifat-sifat kebaikan, semakin teguhlah keimanannya. Tetapi apabila sebaliknya, hidup mereka menjadi lemah. Rasa malu bagi melakukan perkara yang dilarang sudah tidak dapat dikawal lagi. Bersambung...(Habis idea n tiba-tiba blur bila teringat Sistem Cuti yang bos request..hem..fenin-fenin)
No comments:
Post a Comment