Pages

Jom Sertai Blog ini

Thursday, November 18, 2010

~Jaulahku~





Bismillahi wabihamdihi...

Selawat dan salam ke atas Kekasih Rabbul Izzati, Muhammad S.A.W.. Moga syafaatnya sampai kepada kita di saat hari perhitungan.

Syukur kepada Allah kerana masih membuatkan nadiku berdenyut, nafas yang masih kumiliki. Dalam meniti usia yang semakin meningkat, bermuhasabah diri ini. Berapa banyak sudah amalanku? Seberat manakah ia jika dapat ku rasa timbangannya? Namun sungguh agung rahsia Allah. Menyembunyikan hal ini dari pengetahuan kita agar perasaan sentiasa merasa tak cukup dengan amalan yang dilakukan tersemai dalam diri.

Pejam celik, tak terasa bahawa aku sudah berada di tahun akhir di kampus ini. Moga perjalananku seterusnya adalah perjalan yang menapak kepada redha Tuhan. 6 tahun full time dalam didikan orang tuaku,6 tahun berada di alam persekolahan kanak-kanak, 6 tahun berada di persekolahan remaja dan 6 tahun di pengajian yang membawaku semakin dewasa. 24 tahun setiap masa aku dididik. Perjalanan yang sungguh menarik. Ada suka,ada duka..Ada tangisan dan ada tawa..Inilah duniaku..

Akulah pejalan. Pejalan yang mencari sesuatu, mengejar sehingga dapat. Sewaktu kanak-kanak masih belum mengetahui tujuan perjalanan ini, sewaktu remaja masih belum clear lagi..Tapi semua ini aku semakin jelas bila Allah mencampakkan aku di bumi kenyalang. Duduk bersama-sama insan yang sama-sama mencari sepertiku tentang matlamat hidup yang jelas. Hingga ke hari ini, aku masih di jalan ini. Alhamdulillah...Moga Dia istiqamahkan aku dalam jalan ini. Jalan yang aku pilih dan aku cintai..



Jalan yang dipenuhi taman-taman syurga. Siapapun akan tertarik untuk melaluinya andai ia dapat dizahirkan di dunia ni akan keindahannya. Tapi hanya orang yang betul-betul yakin sahaja yang percaya dan ingin memilih jalan ini. Inilah jalan yang pernah dilalui Rasulullah dan salafussoleh. Jalan yang panjang selagi nadi berdenyut di tubuh tuannya. Pilihlah jalan ini, tiada kerugian bagi kamu kerana ganjarannya sangatlah besar berada di jalan ini.

"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh(berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali- Imran:104)

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment