Pages

Jom Sertai Blog ini

Monday, November 8, 2010

~MemilikKan HaK MiliK~



Daripada curiga,
terbit rasa cemburu..

Daripada cemburu,
dilepaskan rasa hati yang terbuku...

Akhirnya curiga dan cemburu
mengundang bergolaknya ikatan sah yang kian bersatu...

Artikel ini kudedikasikan buat yg takut hak milik bukan menjadi miliknya

Perasaan cemburu ada pada semua orang. Tak kira lelaki atau perempuan. Setuju tak dengan pendapat saya?? Namun inilah hakikatnya. Cemburu lelaki dengan perempuan memang berbeza. Lelaki kalau cemburu lebih cenderung menggunakan pertimbangan rasional berbanding wanita. Sebab tu lelaki lebih mampu mengawal rasa cemburu. Bahkan dalam keadaan tertentu mereka mampu meneutralkannya..

Jom kita selusuri kisah Saidatina Aisyah r.a yang sememangnya juga ada rasa cemburu di dalam riwayatnya menjadi isteri Rasulullah s.a.w.... Aisyah adalah isteri Rasulullah yang cantik, muda dan cerdas. Namun Aisyah tetap berasa cemburu apabila Rasulullah s.a.w bersama dengan isteri-isterinya yang lain. See, perasaan cemburu adalah normal bagi setiap manusia.



Pernah saya mendengar seorang ustaz/ustazah berkata,"Kalau kita takut sangat kehilangan suami kita maksudnya kita bukanlah orang beriman.." Kehilangan maksudnya takut suami mencari yang lain atau jatuh hati pada wanita lain. Terkedu mendengar statement ustaz/ustazah ni. Terasa pedasnya cili yang saya makan. "Berilah pasangan(suami)anda di dalam penjagaan Allah. Jangan takut andai dia berubah hati pada kita. Apa yang penting kita berusaha menjadi seorang pasangan yang baik mengikut syariat Allah..",ustaz/ustazah tu menambah lagi...Betul...Berilah suami kita di bawah jagaan Allah..Dia tahu yang mana terbaik buat kita sebagai isteri yang solehah..Amin..

Tak perlu kalut sangat nak memikirkan bagaimana nak menjadikan suami adalah hak mutlak anda tapi fikirlah bagaimana untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah..(^-^)

No comments:

Post a Comment