Pages

Jom Sertai Blog ini

Saturday, August 17, 2013

Doa Qunut Nazilah

Bismillahirrahmanirrahim..

Tidak mampu untuk menghantar jasad berjuang bersama kamu di sana, doa ini dikirimkan tanda persaudaraan kita sesama Muslim...






sumber:http://sahabatroselle.blogspot.com/2012/05/doa-qunut-nazilah-maksud-bahasa-melayu.html

Monday, January 16, 2012

Kabus Ukhwah


Bismillahirrahmanirrahim. Kabus pagi ini memberi ruang padaku untuk melakarkan apa yang dirasai hati, itupun kerana izin Nya. Yang sentiasa mengilhamkan aku dengan sesuatu yang harus kufikirkan.

Bila kubuka tingkap bilik pagi ini, kulihat kabus tebal diluar sana. Kebiasaannya, bila kabus setebal ini pasti cuaca akan terasa sejuk dan apa yang dilihat kat luar pun samar-samar. Tak jelas. Kalau tidak ada kabus, kita boleh fokus dengan apa yang kita lihat di hadapan. Jangan memandang pada kelemahan kabus! Pasti ada sesuatu yang menarik padanya. Agak-agak, apa yang menarik ya? Kehadiran kabus dapat menyamankan udara. Sejuk dan dingin..(^_^) Betul tak? Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmahnya untuk manusia fikirkan.

Apa kaitannya dengan ukhwah? Anda semua pasti lebih arif untuk mendefinasikan apa itu ukhwah. Mari kita sama-sama melihat definasi ukhwah mengikut Hassan al-Banna (Ikhwanul Muslimin) : "ukhwah ialah hati-hati dan roh-roh yang terikat dengan ikatan aqidah". Peringkat ukhwah adalah at-Tasamuh (berlapang dada sesama sahabat) dan Ithar (melebihkan sahabat dari diri sendiri). Hem, ada tak ukhwah seperti ini pada zaman ini? Bertuah bagi yang pernah merasainyakan.

Untuk mencapai ukhwah sehingga tahap ini amat mudah bagi yang bersih hatinya. Kerana tiada pengaruh daripada jin dan syaitan. Ukhwahnya ikhlas kerana Allah. Tak kurang juga bagi yang berusaha untuk mencapai tahap ini tapi diuji dengan pelbagai dugaan dalam berukhwah. Itulah kabus ukhwah namanya..Menyusuri detik-detik perhubungan dengan sahabat-sahabat seakidah dengan ujian hati, sehingga matlamat yang ada dihadapan kelihatan samar-samar kerana pandangan yang dilindungi kabus..(^_^)

Ujian berukhwah. Datangnya pada hati-hati yang meratib cinta kerana Allah. Perantaranya, sudah semestilah jin dan syaitan yang mencemburui hubungan itu. Nampaknya, kena berperang dengan jin dan syaitan ni. Ada berani? kenalah berani. Takut hanya pada Pencipta jin, syaitan dan manusia.

Bagaimanakah ujian ukhwah itu? Mungkin dengan berburuk sangka. Menular pada cakap-cakap belakang(mengumpat) dan lebih teruk bila sampai kutuk mengutuk. MasyaAllah. Hebatnya ujian sebegitu. Sebab tu lah ukhwah peringkat tertinggi adalah berlapang dada. Menghadirkan sikap berlapang dada di dalam hati adalah dengan berbaik sangka! Jangan sekali-kali terlalu suka membuat penilaian awal pada sahabat. Manusia ni memang suka wat penilaian awal melalui pandangan, pendengaran dan sebagainya. Nak kawal semua tu kenalah dengan iman. Kalau tak gerenti hubungan makin rosak. Al-maklumlah syaitan dah menghasut. Langkah yang perlu diambil adalah mendepaninya dengan berjumpa dengan sahabat yang dengannya kita bermasalah. Mungkian luahan dari hati ke hati itu amat perlu ketika itu. Kalau susah, mungkin boleh gunakan orang perantara. Sebolehnya elakkan sesi umpat-mengumpat. Orang ketiga kena ikhlaskan niat juga kerana Allah. Membaiki hubungan sahabat-sahabat yang bermasalah hati. Bukannya menambah rempah dosa pada masalah yang dihadapi sahabat. Nanti dosa lain pulak yang diperolehi. Dosa besar lagi tu.. Nauzubillah..

So, apa yang kita perlu buat untuk mencapai ukhwah tahap tertingi ini adalah dengan berusaha. Andai ada kabus dihadapan, jangan hentikan perjalanan. Kadang-kadang seronok juga berjalan dalam kabus. Kita dapat rasai kenyamanannya. Kemanisan dalam ukhwah kadang-kadang kita dapat hayati bila ada dugaan yang datang melanda. Kena ingat, Allah menguji hamba-hamba Nya untuk mengangkat darjat bagi mereka yang berjaya menghadapinya.

Berukhwahlah kerana Allah. Anda pasti temui jalan bahagia..:)

Gambar ini dihadiahkan kak Wani kepadaku..(^_^)


Friday, January 13, 2012

Kitab ini lagi benar kisahnya


Bismillahirrahmanirrahim. Syukur atas kurnia Nya, nafas ini masih menyalur di ronggaku. Usai subuh tadi, tiba-tiba Dia melintaskan sesuatu dibenakku. Membawa memori silamku ketika berada di sekolah menengah dulu. Semua pernah melalui alam sekolah menengahkan? Ingat tak subjek teras yang diambil ketika berada dalam Tingkatan 4? Subjek Sejarah adalah di antara subjek teras yang kita ambil. Silibus di dalamnya berkaitan Tamadun Manusia.

Empat tahap zaman yang telah diajar kepada kita mengikut silibus yang terdapat dalam subjek Sejarah. Zaman Paleolitik, zaman Mesolitik, zaman Neolitik dan zaman Logam. Kayu ukur peredaran masa yang diajar kepada kita dalam subjek ini adalah melalui pemikiran barat. Ruginya. Alangkah indahnya jika dalam subjek sejarah ini diukur dengan bermulanya Nabi Adam diciptakan. Sejarah permulaan awal manusia diciptakan!

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 3o, yang bermaksud:

"Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi'.."

Inilah permulaan sejarah ketamadunan. Indahnya Al-Quran. Telah tertulis sejarah yang lengkap di dalamnya. Bukan sahaja umat Islam yang mengkaji kitab ini. Malah pemikir-pemikir barat juga turut mengkajinya. Kerana di dalamnya ada sesuatu yang sangat ajaib, yang tidak dapat difikirkan oleh akal mereka sebelumnya. Rugi bukan, andai titik permulaan sejarah yang benar ini tidak disampaikan kepada kita. Kepada rakyat Malaysia umunya, kepada orang-orang Muslim khususnya. Moga anak cucu cicitku tidak diajarkan sejarah yang bercanggahan dengan kitab ini. Kitab al-Quran.

Aku mengharapkan sekecil-kecil perkara yang kuterima, yang aku guna dan yang menjadi panduanku adalah dari al-Quran dan hadis nabi. Aku tidak mahu pemikiranku dimasuki oleh ilmu-ilmu yang dapat merosakkan akidah. Begitu juga untuk anak cucu cicitku dan sanak saudaraku..

Wallahualam.




Monday, January 9, 2012

The Kingdom of Solomon


Bismillahirrahmanirrahim.. Sewaktu aku geledah youtube untuk cari cerita-cerita Nabi, aku terjumpa video yang sangat menarik ni. Duration lebih kurang 1jam 42minit ja. Tengoklah..tak sia-sia anda menontonnya. ( http://www.youtube.com/watch?v=PbEkvt-ReBg&feature=related)

Ni link http://en.wikipedia.org/wiki/The_Kingdom_of_Solomon_(film) untuk tahu dengan lebih lanjut tentang apakah filem ni. Selamat menonton dan meningkatkan keimanan kepada para Nabi-nabi Allah..(^_^)

Kalau tengok/rasa/perhatikan/lakukan pada zaman sekarang ni, agak-agak BESAR tak ujian kita? ADA tak kita meneruskan perjuangan para Nabi untuk mentauhidkan Allah?? USAHA kita ini masih SEDIKIT bukan? terlalu kecil, jadi mengapa kita berlengah-lengah dalam meneruskan SUNNAH PERJUANGAN yang diwariskan ini? Ayuh, kibarkan panji juang dalam mencari mardhatillah...

Wallahualam.

Kenapa aku bercadar (^_^)?

Sekadar gambar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim..
Moga terjaga niat, terkawal lisan dan terfokus point apa yang aku nak sampaikan..(^_^)

Suka aku memetik firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang."

*jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, wajah dan dada.

Selalu aku dihujani persoalan "Kenapa akak pakai purdah?" "kakak, kamu bercadar?(versi indon)" "nape ek akak pakai niqab?" "dik,sebab apa tutup muka?"...hehehehe..macam-macam versi soalan tapi maksudnya tetap satu, nak tau apa sebabnya aku memakai purdah. Tiap orang yang bertanya aku jawab lain-lain versi gak..(^_^)

Teringat aku telatah adik bongsuku yang ketika itu berumur 3 Tahun, namanya Nur Farah Syuhada. Dia tanya, "kenapa kakak tutup mulut?" Otakku ligat memikirkan, apa jawapan yang harus kuberikan pada si kecil Uda ini. Sewaktu 6bulan pertama aku memakai niqab, negara kita (Malaysia) diserang musibah H1N1. Alhamdulillah, ada hikmahnya aku memakai niqab. Tak perlu nak memakai mask yang disediakan oleh pihak hospital tu. Apa lagi, aku pun jawablah kat Uda, "Kakak pakai sebab tak mau kena H1N1".. Pelik dia mendengar H1N1..bila dia ulang sebut semula, "kakak takut N1N1?" hahahahaha... em, aku angguk ja lah..N1N1 pun N1N1 lah..

Adikku : Nur Farah Syuhada Binti Abdurahman (Anak ke-12)

Bagaimana pula jawapannya kalau orang dewasa bertanya pada aku? Mudah sahaja jawapannya, kerana aku ingin mengikut SUNNAH..

Al-Imam Abu Dawud meriwayatkan dari sahabat yang mulia Al-‘Irbadh bin Sariyahz, bahawa ia berkata: Rasulullah S.A.W menasihatkan kepada kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati-hati kami dan air mata pun berlinang kerananya. Maka ketika itu kami mengatakan: “Duhai Rasulullah, nasihat ini seperti nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, kerana itu berilah wasiat kepada kami.” Baginda pun bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian itu seorang budak. Dan barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalku, niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Kerana itu wajib atas kalian untuk berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Al-Khulafa` Ar-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang erat-erat sunnah itu dengan gigi geraham kalian. Dan hati-hati kalian dari perkara-perkara baru, kerana setiap perkara baru (bid’ah) itu sesat.”
(HR. Abu Dawud no. 3991, At-Tirmidzi no. 2676 dan Ibnu Majah no. 42)

Pelbagai dugaan yang kutempuhi dalam mengamalkan sunnah yang 1 ini. Adakalanya aku takut menyimpang dari niat asalku, moga Dia senantiasa melindungi hatiku dari sesuatu tujuan yang tidak baik. Ku akui, dan semua para niqabis juga mungkin turut mengakui bahawa identiti yang kami bawa ini sebenarnya lebih menarik perhatian ramai dan tak mustahil jika sepanjang perjalanan ke mana-mana hampir ke semua memandang tanpa lepas. ya Allah...

'Kalau dah tahu banyak orang pandang, so kenapa pakai?' Hem..Manusia, buat dosa pandang, buat pahala lagilah dipandang. Tepuk dada tanya iman. Di mana salahnya orang yang memakai niqab? Aku lebih malu berjalan di muka bumi ini andai dosa yang kubawa. Aku lagi malu kalau auratku tak sempurna ditutup. Aku lagi malu melanggar larangan Nya.

Ada 1 pengalaman ngeri yang pernah kualami, berhadapan dengan seorang 'makcik' yang berjawatan tinggi jugaklah dalam sesebuah organisasi. Tapi malangnya, gelaran/pangkat yang menggambarkan kebijaksanaannya itu telah membuatkan aku kecewa denga statementnya "Orang pakai purdah ni tak perlulah keluar rumah, kena duduk dalam kelompoknya juga. Tak perlu bergiat aktif.." Betapa jahilnya..ya Allah..mungkian dia tak tahu tapi tindakannya yang terus menutup pintu mindanya membuatkan aku mengatakannya lebih 2x jahil lagi. Kesian.. Tahu diri tak tahu, tapi tak cuba mencari kefahaman tentang ilmu yang tak diketahui malah terus meletakkan titik nokhtah diakhir pemikirannya.

Apapun, teruskanlah niat bagi sesiapa yang ingin berpurdah/berniqab/bercadar..Minta kekuatan dari Allah. Andai dah bersuami, mintalah izin suami terlebih dahulu. Tapi kalau belum bersuami, mintalah izin dari orang tua. Jagalah amal, jagalah diri. Jangan sampai para niqabis ini menjadi fitnah pada diri sendiri dan orang lain. Sekecil-kecil perkara pun orang akan tengok tau apa yang kita buat. Tutuplah aurat dengan sempurna terlebih dahulu. Jaga Amalan wajib. Utamakan yang lebih utama..(^_^)

wallahualam..

Saturday, January 7, 2012

System Developer (Pembangunan Sistem)

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedikit perkongsian yang ingin kuberikan kepada para pelajar-pelajar IT yang bertujuan untuk membangunkan sistem. Ilmu yang kumiliki ini tidaklah seberapa, mungkin para pelajar boleh mencari rujukan lain.

Hampir 7 tahun aku terlibat dalam pengajian Teknologi Maklumat. 3 tahun dalam Diploma Teknologi Maklumat (Majoring:Pengaturcaraan) dan 3 tahun setengah dalam pengajian Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Majoring:Sistem Maklumat).

Dalam membangunkan sistem (Projek Diploma & Projek Sarjana Muda) aku menggunakan Dreamweaver (Macromedia @ Adobe), mana-mana pun boleh..Asalkan pelajar2 sekalian expert dalam pekara-pekara basic penggunaan software tersebut. Pelayan Server yang digunakan adalah XAMPP. Kalau guna pelayan server EASY PHP pun boleh jugak. Pelajar-pelajar mesti tertanya-tanyakan apa fungsi pelayan server? fungsinya ialah..

Pelayan Server :
- Menghubungkan pangkalan data dengan laman yang dikehendaki
-Memanggil pangkalan data yang dikehendaki

Dalam bahasa mudahnya, kalau tak ada XAMPP atau EASY PHP ni maka bila kita nak 'run' projek kita tu kat browser, memang tak bolehlah. Kesimpulannya, pelajar2 sekalian kena install pelayan server dulu. Bila pelayan server ada barulah kita boleh buat pangkalan data untuk sistem kita jugak. So, 2 pekara penting yang kena dilaksanakan dulu sebelum buat projek sistem kita tu :

1. Install Adobe Dreamweaver @ Macromedia Dreamweaver dalam PC anda
2. Install pelayan server XAMPP @ Easy PHP

Bila dah buat 2 pekara di atas, kini pelajar2 boleh mulakan pembangunan sistem..(^_^) Mulakan dengan Bismillah ye..

DI MANA NAK SAVE SISTEM KITA?

Computer>>Local Disk C>>xampp>>htdocs

DI MANA NAK SAVE DATABASE?

Computer>>Local Disk C>>xampp>>mysql>>data

Lupa pula nak bagitahu, bila dah install pelayan server jangan lupa run kan Apache dan MySQL. Tengok contoh gambar dibawah.

Rajah : Antaramuka XAMPP

Macam mana nak buat pangkalan data?

Buka Browser (google chrome/Internet Explorer/Mozilla Firefox)>>taip localhost/phpmyadmin>>tekan ENTER.

Paparan seperti dibawah akan keluar :

Rajah : Antaramuka Pangkalan Data


Kat sini la kita bangunkan database..

Oklah. This topic will be continue ya pelajar2..(^_^)

25 Rasul yang Diimani



Bismillahirrahmanirrahim. Semenjak melihat movie "The Kingdom of Solomon" membuatkan keimananku pada para rasul-rasul Allah semakin meningkat. Aku seperti dapat menghayati betapa peritnya jalan juang mereka. Sebelum ni baca sirah kat buku, kali ni tengok video, walaupun aku sendiri tak tahu apa hukumnya pelakon yang melakonkan watak Nabi Sulaiman itu ditayangkan wajahnya..(Hamba yang jahil).

Semakin aku rindu dan kasih pada Rasulullah S.A.W. Bila disemak kembali sunnah-sunnahya nya, mungkin terlalu sedikit yang kuamalkan. Itupun kalau diterima Allah.. Sedangkan kita semua tahu bahawa Rasulullah S.A.W yang memberikan syafaatnya kepada kita kelak.