Pages

Jom Sertai Blog ini

Monday, January 16, 2012

Kabus Ukhwah


Bismillahirrahmanirrahim. Kabus pagi ini memberi ruang padaku untuk melakarkan apa yang dirasai hati, itupun kerana izin Nya. Yang sentiasa mengilhamkan aku dengan sesuatu yang harus kufikirkan.

Bila kubuka tingkap bilik pagi ini, kulihat kabus tebal diluar sana. Kebiasaannya, bila kabus setebal ini pasti cuaca akan terasa sejuk dan apa yang dilihat kat luar pun samar-samar. Tak jelas. Kalau tidak ada kabus, kita boleh fokus dengan apa yang kita lihat di hadapan. Jangan memandang pada kelemahan kabus! Pasti ada sesuatu yang menarik padanya. Agak-agak, apa yang menarik ya? Kehadiran kabus dapat menyamankan udara. Sejuk dan dingin..(^_^) Betul tak? Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmahnya untuk manusia fikirkan.

Apa kaitannya dengan ukhwah? Anda semua pasti lebih arif untuk mendefinasikan apa itu ukhwah. Mari kita sama-sama melihat definasi ukhwah mengikut Hassan al-Banna (Ikhwanul Muslimin) : "ukhwah ialah hati-hati dan roh-roh yang terikat dengan ikatan aqidah". Peringkat ukhwah adalah at-Tasamuh (berlapang dada sesama sahabat) dan Ithar (melebihkan sahabat dari diri sendiri). Hem, ada tak ukhwah seperti ini pada zaman ini? Bertuah bagi yang pernah merasainyakan.

Untuk mencapai ukhwah sehingga tahap ini amat mudah bagi yang bersih hatinya. Kerana tiada pengaruh daripada jin dan syaitan. Ukhwahnya ikhlas kerana Allah. Tak kurang juga bagi yang berusaha untuk mencapai tahap ini tapi diuji dengan pelbagai dugaan dalam berukhwah. Itulah kabus ukhwah namanya..Menyusuri detik-detik perhubungan dengan sahabat-sahabat seakidah dengan ujian hati, sehingga matlamat yang ada dihadapan kelihatan samar-samar kerana pandangan yang dilindungi kabus..(^_^)

Ujian berukhwah. Datangnya pada hati-hati yang meratib cinta kerana Allah. Perantaranya, sudah semestilah jin dan syaitan yang mencemburui hubungan itu. Nampaknya, kena berperang dengan jin dan syaitan ni. Ada berani? kenalah berani. Takut hanya pada Pencipta jin, syaitan dan manusia.

Bagaimanakah ujian ukhwah itu? Mungkin dengan berburuk sangka. Menular pada cakap-cakap belakang(mengumpat) dan lebih teruk bila sampai kutuk mengutuk. MasyaAllah. Hebatnya ujian sebegitu. Sebab tu lah ukhwah peringkat tertinggi adalah berlapang dada. Menghadirkan sikap berlapang dada di dalam hati adalah dengan berbaik sangka! Jangan sekali-kali terlalu suka membuat penilaian awal pada sahabat. Manusia ni memang suka wat penilaian awal melalui pandangan, pendengaran dan sebagainya. Nak kawal semua tu kenalah dengan iman. Kalau tak gerenti hubungan makin rosak. Al-maklumlah syaitan dah menghasut. Langkah yang perlu diambil adalah mendepaninya dengan berjumpa dengan sahabat yang dengannya kita bermasalah. Mungkian luahan dari hati ke hati itu amat perlu ketika itu. Kalau susah, mungkin boleh gunakan orang perantara. Sebolehnya elakkan sesi umpat-mengumpat. Orang ketiga kena ikhlaskan niat juga kerana Allah. Membaiki hubungan sahabat-sahabat yang bermasalah hati. Bukannya menambah rempah dosa pada masalah yang dihadapi sahabat. Nanti dosa lain pulak yang diperolehi. Dosa besar lagi tu.. Nauzubillah..

So, apa yang kita perlu buat untuk mencapai ukhwah tahap tertingi ini adalah dengan berusaha. Andai ada kabus dihadapan, jangan hentikan perjalanan. Kadang-kadang seronok juga berjalan dalam kabus. Kita dapat rasai kenyamanannya. Kemanisan dalam ukhwah kadang-kadang kita dapat hayati bila ada dugaan yang datang melanda. Kena ingat, Allah menguji hamba-hamba Nya untuk mengangkat darjat bagi mereka yang berjaya menghadapinya.

Berukhwahlah kerana Allah. Anda pasti temui jalan bahagia..:)

Gambar ini dihadiahkan kak Wani kepadaku..(^_^)


No comments:

Post a Comment