Pages

Jom Sertai Blog ini

Friday, January 13, 2012

Kitab ini lagi benar kisahnya


Bismillahirrahmanirrahim. Syukur atas kurnia Nya, nafas ini masih menyalur di ronggaku. Usai subuh tadi, tiba-tiba Dia melintaskan sesuatu dibenakku. Membawa memori silamku ketika berada di sekolah menengah dulu. Semua pernah melalui alam sekolah menengahkan? Ingat tak subjek teras yang diambil ketika berada dalam Tingkatan 4? Subjek Sejarah adalah di antara subjek teras yang kita ambil. Silibus di dalamnya berkaitan Tamadun Manusia.

Empat tahap zaman yang telah diajar kepada kita mengikut silibus yang terdapat dalam subjek Sejarah. Zaman Paleolitik, zaman Mesolitik, zaman Neolitik dan zaman Logam. Kayu ukur peredaran masa yang diajar kepada kita dalam subjek ini adalah melalui pemikiran barat. Ruginya. Alangkah indahnya jika dalam subjek sejarah ini diukur dengan bermulanya Nabi Adam diciptakan. Sejarah permulaan awal manusia diciptakan!

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 3o, yang bermaksud:

"Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi'.."

Inilah permulaan sejarah ketamadunan. Indahnya Al-Quran. Telah tertulis sejarah yang lengkap di dalamnya. Bukan sahaja umat Islam yang mengkaji kitab ini. Malah pemikir-pemikir barat juga turut mengkajinya. Kerana di dalamnya ada sesuatu yang sangat ajaib, yang tidak dapat difikirkan oleh akal mereka sebelumnya. Rugi bukan, andai titik permulaan sejarah yang benar ini tidak disampaikan kepada kita. Kepada rakyat Malaysia umunya, kepada orang-orang Muslim khususnya. Moga anak cucu cicitku tidak diajarkan sejarah yang bercanggahan dengan kitab ini. Kitab al-Quran.

Aku mengharapkan sekecil-kecil perkara yang kuterima, yang aku guna dan yang menjadi panduanku adalah dari al-Quran dan hadis nabi. Aku tidak mahu pemikiranku dimasuki oleh ilmu-ilmu yang dapat merosakkan akidah. Begitu juga untuk anak cucu cicitku dan sanak saudaraku..

Wallahualam.




No comments:

Post a Comment