Pages

Jom Sertai Blog ini

Tuesday, November 9, 2010

Andai kau PEJUANG,maka Mehnah Dan Tribulasi adalah pakej seiring dengan Title mu..


Sememangnya telah menjadi lumrah dan fitrah dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini, para pejuang mesti berhadapan dengan pelbagai ujian dan rintangan. Dalam bahasa yang lebih sering kita gunakan, ‘mehnah dan tribulasi’. Sejarah telah membukti kan, semua pejuang Islam yang benar-benar ikhlas dan berada dalam jalan yang benar tidak mungkin terlepas daripada dikena kan ujian.


Para nabi, para rasul Allah, sahabat-sahabat mereka, para ulama pewaris nabi, dan se kalian dai’e secara umum pastinya ditimpa ujian yang datang meng uji. Perkara ini sudah menjadi semacam kemestian atau pra syarat kepada pejuang Islam bagi melihat sejauh ketahanan dan istiqamah mereka dalam perjuangan.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja setelah mereka) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak di uji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan itu) Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (di kalangan mereka).” (Al-Ankabut: 2 – 3)

Dalam ayat di atas, Allah menyata kan bahawa Dia sengaja menimpakan ujian kepada orang-orang yang beriman dan ini dijadikan sebagai kayu pengukur sama ada sese orang itu benar-benar beriman atau sekadar berpura-pura.


Di kalangan para rasul, terdapat lima orang rasul (Muhammad S.A.W., Isa, Ibrahim, Musa dan Nuh ‘alaihimus salam) yang diangkat Allah dengan gelaran ulul-’azmi, yang diberikan atas kecekalan dan ketabahan mereka menghadapi pahit getir ujian. Ini tidaklah ber makna nabi-nabi lain tidak sabar menghadapi ujian, tetapi rasul-rasul inilah yang paling genting di uji Allah. Ini membuktikan, kadang kala ujian berbentuk kesusahan yang Allah timpakan ke atas kita menunjukkan sebenarnya Allah ingin mendidik kita menjadi orang yang benar-benar beriman.


Sering pula dikatakan bahawa se kiranya kita tidak diuji dengan pelbagai ujian, itu bermakna ke menangan yang kita idam-idam kan itu masih lagi jauh dari gapaian. Sejarah telah membuktikan hanya umat yang berhadapan dengan ujian, cekal, tabah dan ber jaya menghadapinya sahaja akan memperoleh kemenangan. Umat-umat terdahulu diuji Allah dengan pelbagai ujian. Ada di kalangan mereka berjaya menghadapinya, dan ada pula yang tertewas. Bentuk ujian yang berlaku bisa berubah mengikut zaman. Dan perlu diingat, ujian tidak semestinya berbentuk kesusahan semata. Manusia lebih mudah tertewas dengan ujian berbentuk kesenangan berbanding kesusahan memandangkan kita mudah lupa akan Allah sewaktu kita senang berbanding sewaktu kita susah.


Membuka lipatan sejarah, ujian atau fitnah ditimpakan kepada pada dai’e yang menyeru ke jalan Allah adalah pelbagai. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. pernah dicop sebagai pemecah-belah kaum puaknya dan seluruh bangsa Arab. Tohmahan demi tohmahan semuanya dilalui baginda hinggalah baginda berjaya dalam perjuangan. Para sahabat di ancam bunuh, disiksa, didera dengan siksaan dengan dahsyat se kali. Jika dibandingkan dengan para pejuang Islam dewasa ini, mungkin tidak sehebat itu ujian yang ditimpakan di atas itu.


Dari satu segi, jika ujian yang pernah dihadapi Rasulullah namun masih belum kita hadapi, bolehlah kita katakan bahawa ujian yang kita belum sampai ke tahap yang benar-benar menguji kesabaran kita dan tahap keimanan kita. Rasulullah S.A.W. pernah dan para sahabat pernah dipulaukan, kita masih belum dipulaukan sebegitu hebat; Rasulullah S.A.W. pernah cuba diracun, kita masih belum pernah menghadapi percubaan bunuh yang sebegitu, Rasulullah S.A.W. pernah disihir, kita masih belum pernah disihir. Oleh itu, kalau diikutkan ujian yang kita hadapi ini masih belum sampai ke tahap yang ‘memuaskan’.


Apa yang perlu kita sedar di sini ialah inilah perkara yang perlu kita jadikan sebagai motivasi dan pen dorong semangat untuk kita me nyedari betapa mudahnya per juangan kita pada hari ini ber banding perjuangan Rasulullah S.A.W.. Oleh itu kita tidak sepatut nya mudah merasa jemu, putus asa, mengalah dan lemah semangat dalam perjuangan. Ujian demi uji an ini sepatutnya menambahkan lagi semangat kita untuk berjuang, dan bukan sebaliknya. Ini kerana kita harus sedar bahawa ujian yang mendatang bermakna Allah ber sama kita, dan terutamanya sekira nya kita terus bersabar meng hadapi ujian.




Ujian dalam bentuk kesenangan pula lebih patut dikhuatiri kerana ujian ini datang dan pergi tanpa kita menyedarinya. Kesenangan bisa membuatkan kita alpa dan leka. Kesenangan juga bias meng akibatkan kita menjadi kurang bersemangat untuk meneruskan per juangan. Ujian dalam bentuk ke senangan yang paling ketara sekali ialah harta benda. Betapa banyak contoh yang ditunjukkan oleh sejarah berkenaan ujian dalam bentuk kesenangannya. Bermula dengan Qarun dengan hartanya, se hinggalah Abu tha’labah dengan kambing-kambingnya. Semuanya jelas menunjukkan betapa manusia lebih mudah tertewas dek ujian dalam bentuk kesenangan. Abu Tha’labah sebagai contoh menjadi orang yang lebih kuat imannya ke tika beliau miskin. Namun setelah menjadi kaya, ujian kesenangan ini tidak mampu ditanganinya. Al-Qur’an juga memperingati kita tentang perkara di atas:


“Ketahuilah kamu bahawa harta dan anak-anak adalah ujian (kepada kamu).”


Di samping ujian dari segi harta, anak juga bias menjadi ujian kepada kita. Buktinya, barapa ramai di kalangan para pejuang Islam yang luntur semangat juang mereka setelah dikurniakan cahaya mata dari Allah? Kesibukan bersama kaum keluarga dan sanak saudara yang tidak bertempat tanpa memberi keutamaan kepada perjuangan Islam adalah petanda mudah bahawa seseorang itu telah tertumpas dek ujian kesenangan ini.


Bagi kita yang memperjuangkan syariat Islam, ujian yang patut kita sedar untuk ditangani ialah ujian kemenangan itu sendiri berbanding ujian kekalahan. Kita inginkan kuasa demi mengguna kannya untuk menegakkan sebuah daulah Islamiyah. Namun mampu kah kita menggunakan kuasa itu sebaik mungkin berpandukan tuntut an Al-Qur’an dan As-sunnah. Kadang kala, Allah memberikan ke menangan itu bukanlah kerana kita layak untuk menang, namun ada lah sekadar untuk menguji sama ada kita mampu atau tidak me nangani kemenanagn itu. Banyak terdapat kisah para rasul di mana Allah memberi kemenangan se kadar satu ujian, yang mungkin ditarik balik sekiranya gagal menanganinya dengan baik mengikut kehendak Allah dan rasul-Nya.


Jika kita berjuang menegakkan Islam, namun perjuangan kita itu sunyi dari sebarang mehnah dan tribulasi, hanya ada dua sahaja ke barangkalian yang timbul. Pertama, perjuangan kita adalah lebih hebat daripada perjuangan para Rasul Allah, terutamanya Nabi Muhammad S.A.W., atau ke dua ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan kita itu. Ke barangkalian untuk perjuangan kita lebih hebat daripada Rasulullah pastinya menghampiri sifar, kerana Allah telah mengata kan Rasulullah S.A.W. adalah se baik-baik contoh (uswah hasanah). Dan kebarangkalian kedualah yang paling mungkin dan tinggi untuk berlaku, iaitu “There must be something wrong with it!” Oleh itu, bersyukurlah kita sekiranya mehnah dan tribulasi tidak pernah kunjung reda dalam perjuangan kita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini kerana inilah bibit-bibit dan petanda bahawa kita sedang menuruti jalan yang telah diranduki Rasulullah dan para sahabat suatu ketika dahulu.


Kesabaran mengahadapi ujian, baik dalam bentuk kesusahan atau kesenangan mencerminkan tahap keimanan kita kepada Allah dan rasul-Nya. Kedua-dua bentuk uji an ini adalah sebenarnya tarbiyah dari Allah. Sekiranya kita sabar, natijahnya adalah sebenarnya ke jayaan kepada kita juga, baik di dunia, mahupun di akhirat kelak. Selain itu, bagi ujian dalam bentuk kesusahan, sekiranya kita sabar, cekal dan redha dengannya akan menjadikannya sebagai kaffarah, atau penebus dosa kita. Semakin sabar kita menghadapi mehnah dan tribulasi, semakin banyak dosa kita tertebus dan terhapus. Oleh yang demikian, perlulah kita se rentak redha dan sabar meng hadapi ujian ini.

2 comments:

  1. ANDA BUTUH IJAZAH UNTUK MENCARI KERJA / MELANJUTKAN KULIAH / KENAIKAN JABATAN ?!?!
    KAMI JASA PEMBUATAN IJAZAH SIAP MEMBANTU ANDA UNTUK MEMENUHI KEBUTUHAN IJAZAH UNTUK BEKERJA ATAU MELANJUTKAN SEKOLAH / KULIAH.
    BERIKUT INI MERUPAKAN JASA YANG KAMI SEDIAKAN.

    -SMU:4.000.000
    -D3:6.000.000
    -S1:8.000.000

    * AMAN, LEGAL, TERDAFTAR DI UNIVERSITAS / KOPERTIS / DIKTI, BISA UNTUK MASUK(PNS, TNI, POLRI).

    JUGA MELAYANI PEMBUATAN SURAT SURAT PENTING SEPERTI:SIM, STNK, KTP, REKENING BANK, SURAT TANAH, AKTE KELAHIRAN.BPKB, N1, SURAT NIKAH, DLL.

    SYARAT:KTP/SIM,FOTO BERWARNA DAN HITAM PUTIH,UNIVERSITAS YANG DITUJU,IPK YANG DIMINTA(MAX 3,50),TAHUN KELULUSAN YANG DIMINTA,ALAMAT PENGIRIMAN YANG DIMINTA.KIRIM KE: pembuatanijazah@yahoo.co.id

    HUB: +6285736927001.

    (HANYA UNTUK YANG SERIUS SAJA)

    Nb:Semua manusia berhak meiliki pekerjaan dan pendidikan yang layak,entah dari kalangan atas,menengah dan bawah.Maka dari itu kami ada untuk anda yang mebutuhkan ijazah atau surat-surat penting lainnya

    ReplyDelete
  2. syukran akak,saya busu13,,mhon follow blog saya yew,,saya ambil penulisan akak nie untuk buat teks usrah

    ReplyDelete