Pages

Jom Sertai Blog ini

Monday, March 21, 2011

~Jadilah seperti Ikan di laut masin~




Memang Maha besar Allah yang telah menciptakan alam semesta beserta isinya, yang telah menciptakan manusia,haiwan beserta tumbuhan dan sesungguhnya pada setiap haiwan terdapat pelajaran buat manusia. Terlalu banyak kisah-kisah yang kita boleh ambil pengajaran daripada mereka. Kisah kerajaan semut, seekor nyamuk dengan Raja Namrud dan banyak lagi.

Pada postingan kali ini saya memilih untuk bercerita tentang ikan, haiwan yang mungkin setiap hari kita hadapi di meja makan.Tempat tinggal ikan beraneka ragam. Ada yang hidup di air tawar, ada yang hidup di air masin bahkan ada yang hidup di lumpur tetapi cubalah rasakan bila kita makan ikan , ikan laut tidak akan menjadi masin kerana hidup di air masin, begitu pula ikan tawar rasanya tidaklah tawar kerana hidup di air tawar.

Demikianlah hendaknya kita hidup di bumi ini janganlah merubah sifat dan penampilan dan gaya hidup kita bila bergaul dengan orang yang berbeza. Menyesuaikan diri tiadalah masalah tetapi jangan sampai memaksakan diri untuk merubah penampilan yang tidak sesuai dengan keperibadian kita. Itu akan membuat kita menjadi tidak ikhlas dalam kehidupan ini. Pertahankanlah keikhlasan dalam hidup kerana apabila kita mudah berubah-ubah itu akan mudah dirasuki oleh rasa dengki dan iri hati yang merupakan pintu bagi setan untuk menggoda kita.

Kemudian sifat ikan yang lain iaitu tidak mudah putus asa. Ada ikan yang pada waktu musim kemarau, hidup di lumpur dengan air yang terbatas tetapi tetap hidup sampai berminggu-minggu, demikianlah hendaknya kita hidup jangan mudah putus asa dan teruslah berikhtiar dan berdoa kerana orang yang mudah berputus asa adalah sahabat dari setan dan mudah sekali untuk dijerumuskan ke dalam perkara-perkara yang tidak baik.Tutuplah pintu setan untuk merasuki fikiran dan hati dengan selalu optimis dan bertawakkal pada Nya..(^_^)

No comments:

Post a Comment