Pages

Jom Sertai Blog ini

Saturday, January 7, 2012

Isteri Solehah VS Suami Soleh


=Rumah Tangga Bahagia (^_^)



Bismillahirrahmanirrahim. Memiliki rumahtangga bahagia, harmoni dan aman adalah idaman semua pasangan. Tapi menuju kepada matlamat tersebut memerlukan kesabaran yang melangit. Al-maklumlah, nak dapat buah yang manis kenalah memberi baja yang terbaik. Bagi mana-mana pasangan yang baru mendirikan masjid bersama pasangan pilihan, sudah semestinya lebih kenal dan faham, apakah bahagia yang diidamkan. (^_^) Bahagia bukan sekadar perlaksanaan luaran tapi ia juga memerlukan roh untuk memahaminya..

Mungkin pada peringkat awal alam rumahtangga, ramai yang akan mengalami kejutan emosi. Semuanya serba sensetif, tidak kira suami mahupun sang isteri. Jangan biar emosi menguasai diri, nanti bahtera yang dilayarkan bersama, bergoyang ibarat kapal di pukul ombak Tsunami. Biarlah iman yang memandu alam rumahtangga anda. Jadilah isteri solehah mahupun suami yang soleh agar bertolak ansur, berbaik sangka sesama pasangan hadir dalam rumahtangga yang dibina..(^_^)

Ingatlah kembali detik-detik lafaz sakinah sang suami disaat menerima nikah sang isteri. Pasti ia mampu buat anda tersenyum. Jangan terlalu menilai silap pasangan ada, tapi lihatlah kebaikannya, anda pasti temui jalan kebahagiaan. Banyakkan berbincang dengan pasangan andai tiada kesefahaman wujud dalam kehidupan kalian berdua. Belajar untuk menyelesaikan, bukan lari dari menghadapinya..wallahualam..

JAWATAN KOSONG LAGI!!

Bismillahirrahmanirrahim, sedikit usaha untuk membantu pencari kerja, terutamanya kepada graduan IPT/IPTS..Selamat mencuba,jangan berputus asa. Setiap orang pasti ada rezeki yang Allah berikan..:) Usaha lagi.

Friday, November 18, 2011

TERKINI: JAWATAN KOSONG!

  • Jawatan Kosong Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
  • Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad (ARB)
  • Jawatan Kosong Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
  • Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut :

Thursday, November 17, 2011

Diet Rasulullah

Ramai yang tidak menyangka bahawa cara pemakanan yang diambil oleh seseorang individu adalah bertentangan dengan amalan pemakanan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Tidak mustahillah sekiranya seseorang yang tidak menjaga pemakanan itu mudah diserang penyakit. Kerana punca kepada penyakit adalah dari perut, tempat di mana makanan disimpan dan dihadamkan.

Berikut adalah cara-cara pemakanan yang baik yang telah diamalkan oleh junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W :

  • Jangan makan SUSU + DAGING
  • Jangan makan DAGING + IKAN
  • Jangan makan IKAN + SUSU
  • Jangan makan AYAM + SUSU
  • Jangan makan IKAN + TELUR
  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU + CUKA
  • Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

Info Penting :

Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu,. Baru makan nasi.

Tidur 1 jam selepas makan tengah hari

Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam akan dimakan usia dan kolestrol dlam badan akan berganda.

Wednesday, November 16, 2011

Fakta-fakta menarik Dunia

FAKTA MENARIK alam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan.

  • Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina , ia merupakan senjata merbahaya.

  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.

  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus.

  • Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

  • Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.


Sumeber dipetik dari www.halaqah.net

Friday, November 4, 2011

Jangan jemu untuk menyeru





'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah(dengan sebenar-benar iman)'.

Menyusur kembali firman Allah dalam menyuruh manusia berdakwah. Menyuruh manusia saling berpesan-pesan sesama mereka dalam kesabaran. Sejauh mana kita melaksanakannya? Mungkinkah peranan menyeru (berdakwah) ini hanya tergalas di bahu para anbiya', ulama', para solehin,para ustaz,ustazah?? Setiap orang WAJIB menyeru pada zaman ini..mengangkat kebaikan mengatasi kejahilan adalah tanggungjawab seorang muslim. Sama ada untuk diri, masyarakat mahupun negara.

Jangan nanti disaat kaki ingin melangkah masuk ke dalam syurga, seseorang telah menarik kita. Kerana kita bertanggungjawab dia terjebak ke pintu neraka..Nauzubillah. So, jom mulakan langkah, menyeru dan terus menyeru tanpa rasa bosan dan mengalah.............




Monday, March 21, 2011

~Jadilah seperti Ikan di laut masin~




Memang Maha besar Allah yang telah menciptakan alam semesta beserta isinya, yang telah menciptakan manusia,haiwan beserta tumbuhan dan sesungguhnya pada setiap haiwan terdapat pelajaran buat manusia. Terlalu banyak kisah-kisah yang kita boleh ambil pengajaran daripada mereka. Kisah kerajaan semut, seekor nyamuk dengan Raja Namrud dan banyak lagi.

Pada postingan kali ini saya memilih untuk bercerita tentang ikan, haiwan yang mungkin setiap hari kita hadapi di meja makan.Tempat tinggal ikan beraneka ragam. Ada yang hidup di air tawar, ada yang hidup di air masin bahkan ada yang hidup di lumpur tetapi cubalah rasakan bila kita makan ikan , ikan laut tidak akan menjadi masin kerana hidup di air masin, begitu pula ikan tawar rasanya tidaklah tawar kerana hidup di air tawar.

Demikianlah hendaknya kita hidup di bumi ini janganlah merubah sifat dan penampilan dan gaya hidup kita bila bergaul dengan orang yang berbeza. Menyesuaikan diri tiadalah masalah tetapi jangan sampai memaksakan diri untuk merubah penampilan yang tidak sesuai dengan keperibadian kita. Itu akan membuat kita menjadi tidak ikhlas dalam kehidupan ini. Pertahankanlah keikhlasan dalam hidup kerana apabila kita mudah berubah-ubah itu akan mudah dirasuki oleh rasa dengki dan iri hati yang merupakan pintu bagi setan untuk menggoda kita.

Kemudian sifat ikan yang lain iaitu tidak mudah putus asa. Ada ikan yang pada waktu musim kemarau, hidup di lumpur dengan air yang terbatas tetapi tetap hidup sampai berminggu-minggu, demikianlah hendaknya kita hidup jangan mudah putus asa dan teruslah berikhtiar dan berdoa kerana orang yang mudah berputus asa adalah sahabat dari setan dan mudah sekali untuk dijerumuskan ke dalam perkara-perkara yang tidak baik.Tutuplah pintu setan untuk merasuki fikiran dan hati dengan selalu optimis dan bertawakkal pada Nya..(^_^)